Antara waris mangsa yang tidak dapat menahan kesedihan di lokasi kejadian dan Unit Forensik HKL. - Foto NSTP/Bernama
BERNAMA

TIADA lebih memilukan buat Noor Fatihah Osman, 23, apabila suami yang baru empat bulan dinikahinya, pergi buat selamanya selepas maut dalam kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpu, hari ini.

Suaminya Mohd Amirul Nizam Sukarno, 25, adalah guru yang juga warden di pusat tahfiz berkenaan.

Ibu saudara Noor Fatihah, Asmah Yaakob, 50, berkata setiap hari Allahyarham menghubungi Noor Fatihah yang sedang mengikuti pengajian hadis di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan, setiap hari.


Waris mangsa ditenangkan anggota polis di tempat kejadian. - Foto MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

"Namun hari ini beliau tidak membuat sebarang panggilan kepada Noor Fatihah. Isterinya yang tidak sedap hati cuba beberapa kali menghubungi suaminya, namun panggilan itu tidak dijawab," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Wartawan bagaimanapun, gagal mendapatkan respons daripada Noor Fatihah berhubung tragedi itu.

Difahamkan, Noor Fatihah menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 6 pagi, sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Mohd Amirul dan Noor Fatihah berkahwin Mei lalu, dan majlis perkahwinan mereka diadakan selepas Aidiladha lalu.

Insiden yang berlaku di bangunan tiga tingkat itu meragut nyawa 22 pelajar dan dua guru di pusat tahfiz terbabit.

Asmah berkata, pemergian Allahyarham amat memberi kesan kepada keluarganya.

“Kami sekeluarga amat rapat dengan arwah. Pemergiannya amat kami rasai. Kali terakhir saya bertemu Amirul ketika majlis perkahwinannya di Kelantan,” katanya.

Menurut Asmah, Mohd Amirul Nizam peramah dan sentiasa mengambil berat orang lain, akan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.

Berita berkaitan

Kedah ucap takziah

Henti sebar foto jenazah

Doakan anak saya

Gerak hati bapa

'Tiada kompromi soal nyawa'

Pantau elak tragedi berulang

MAIWP bantu urus jenazah

PM zahir rasa sedih

Litar pintas dipercayai punca kebakaran [METROTV]

'Tujuh sahaja sempat turun'

'Mahu tolong ibu ayah ke syurga Firdaus' [METROTV]

Nekad turun dengan tujuh rakan

'Tolong bang...tolong bang' [METROTV]

Ya Allah, 24 semuanya terkorban

Api menjulang ketika azan subuh

20 maut, 3 kritikal, 2 separa kritikal

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 4:11 PM