Suraya RoslanMuhammad Saufi Hassan dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Asrizal Aris
am@hmetro.com.my


“MEREKA memeluk dan mencium pipi saya berulang kali seolah-olah tahu akan meninggalkan kami sekeluarga.

"Saya tidak sangka kehilangan dua anak dalam sekelip mata, ciuman mereka di pipi saya Sabtu lalu adalah ciuman terakhir," kata F Zaskar Yusoh, 38.

Zaskar adalah bapa kepada Azkar Abidi, 11, dan Azkar Darimi, 8, dua daripada 23 mangsa yang terkorban dalam tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, awal pagi tadi.

Zaskar yang juga anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras berkata, kehilangan dua anak dalam satu masa membuatkannya sedikit terkejut namun reda dengan ketentuan Ilahi.

"Sabtu lalu kira-kira jam 6 petang, saya ada menemui mereka berdua sebelum kami pergi makan.

"Bagaimanapun, kedua-duanya kerap mencium pipi saya seolah-olah tidak mahu melepaskan saya pergi, tidak sangka mereka pergi berdua dan meninggalkan saya dan bekas isteri, Ammi Farizah, 30," katanya.

Menurutnya, dia baru saja menempatkan dua beradik itu di pusat berkenaan tiga bulan lalu.

"Mereka sangat seronok dan banyak perubahan dapat saya lihat sejak berada di pusat tahfiz berkenaan, mereka juga dapat menghafal beberapa surah walaupun baru tiga bulan berada di pusat tahfiz berkenaan.

"Mereka berdua sangat manja dengan saya, saya sering menyuapkan mereka makan jika berkunjung ke pusat tahfiz terbabit," katanya.

Zaskar berkata, dia bagaimanapun redha dengan ketentuan Ilahi namun sedih atas pemergian anak kesayangan itu.

"Allah tarik nyawa mereka berdua sekali gus. Saya reda dengan pemergian mereka.

"Selain kehilangan kedua-dua anak saya, saya turut kehilangan anak saudara yang turut sama menjadi korban pada tragedi itu. Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini,"katanya.

Menurut Zaskar, dua anaknya dan anak saudara akan dikebumikan sebaik sahaja selesai proses padanan DNA di Institut Perubatan Forensik Negara.

"Mereka akan dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Baru, Jalan Ampang," katanya.

Berita berkaitan

Dah dapat rasa adik nak pergi

Bagaimana nak mati syahid [METROTV]

Air mata tumpah [METROTV]

Sultan Selangor zahir ucapan takziah

Pengetua Pondok Pak Ya simpati

Bomba ambil alih bangunan tahfiz

Gurauan terakhir di Facebook

Azan penenang roh [METROTV]

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Tiada sijil layak menduduki

Mufti Pahang: Semuanya syahid akhirat

Tiada sijil layak menduduki

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Azan penenang roh [METROTV]

Gurauan terakhir di Facebook

Suami baru dinikahi juga terkorban

Kedah ucap takziah

Henti sebar foto jenazah

Doakan anak saya

Gerak hati bapa

'Tiada kompromi soal nyawa'

Pantau elak tragedi berulang

MAIWP bantu urus jenazah

PM zahir rasa sedih

Litar pintas dipercayai punca kebakaran [METROTV]

'Tujuh sahaja sempat turun'

'Mahu tolong ibu ayah ke syurga Firdaus' [METROTV]

Nekad turun dengan tujuh rakan

'Tolong bang...tolong bang' [METROTV]

Ya Allah, 24 semuanya terkorban

Api menjulang ketika azan subuh

20 maut, 3 kritikal, 2 separa kritikal

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 9:20 PM
Azkar Abidi (kiri) dan Azkar Darimi. FOTO Asrizal Aris