Allahyarham Ustaz Mohd Yusof Md, 26, (warden warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang turut terkorban) bersama ibunya, Saadiah Othman, 62, ketika menyambut ulang tahun abang sulungnya di Kuala Lumpur, baru baru ini.- Foto Bernama
Nabihah Kamal
nabihah.kamal@hmetro.com.my


WARDEN, Ustaz Mohd Yusof Md, 26, seorang daripada dua warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat yang terkorban dikatakan dapat keluar dari asrama yang terbakar sebelum masuk semula bagi menyelamatkan anak muridnya yang terperangkap, namun akhirnya terkorban.

Peniaga, Hadam Ismail, 50 yang menghubungi talian kecemasan 999 sejurus asrama itu terbakar berkata, pada mulanya dia melihat dua lelaki turun dari tingkat tiga asrama yang terbakar menggunakan saluran paip.

"Saya ternampak dua lelaki turun dari tingkat tiga menggunakan saluran paip. Saya percaya seorang daripadanya Ustaz Yusuf.


Hadam percaya Ustaz Yusuf naik dan masuk semula untuk bantu anak muridnya sebelum terkorban.

"Selepas itu, saya lihat dia naik semula dan masuk balik untuk membantu anak muridnya lain," katanya.

Menurutnya, dia yang kebetulan melalui Jalan Keramat Hujung untuk ke Pasar Keramat terdengar bunyi seperti ekzos motosikal sangat kuat sebelum ternampak percikan api dari arah belakang pusat pusat tahfiz itu.

"Hari ini saya terlewat ke tempat berniaga, kebetulan saya lalu di depan pusat tahfiz itu.

“Apabila menyedari asrama pusat tahfiz itu terbakar, saya segera menghubungi 999,” katanya.

Hadam berkata, sebelum ini dia berniaga pisang goreng di depan pusat tahfiz berkenaan dan mengenali pelajar, warden dan gurunya.

“Dulu ketika berniaga pisang goreng memang selalu beri pisang goreng di pusat tahfiz itu. Jadi memang saya kenal Ustaz Yusof,” katanya.

Berita berkaitan

Sultan Selangor zahir ucapan takziah

Pengetua Pondok Pak Ya simpati

Bomba ambil alih bangunan tahfiz

Gurauan terakhir di Facebook

Azan penenang roh [METROTV]

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Tiada sijil layak menduduki

Mufti Pahang: Semuanya syahid akhirat

Tiada sijil layak menduduki

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Azan penenang roh [METROTV]

Gurauan terakhir di Facebook

Suami baru dinikahi juga terkorban

Kedah ucap takziah

Henti sebar foto jenazah

Doakan anak saya

Gerak hati bapa

'Tiada kompromi soal nyawa'

Pantau elak tragedi berulang

MAIWP bantu urus jenazah

PM zahir rasa sedih

Litar pintas dipercayai punca kebakaran [METROTV]

'Tujuh sahaja sempat turun'

'Mahu tolong ibu ayah ke syurga Firdaus' [METROTV]

Nekad turun dengan tujuh rakan

'Tolong bang...tolong bang' [METROTV]

Ya Allah, 24 semuanya terkorban

Api menjulang ketika azan subuh

20 maut, 3 kritikal, 2 separa kritikal

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 10:30 PM