Suraya Roslan dan Norizuan Samsuddin dan Asrizal Aris
am@hmetro.com.my


SEORANG daripada suspek yang ditahan berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, sempat menghantar pesanan ringkas kepada jiran mengatakan mahu melihat lokasi kejadian sebelum ditahan polis.

Jiran suspek yang enggan namanya didedahkan berkata, dua daripada remaja lelaki yang ditahan tinggal berdekatan kediamannya.

Katanya, dua suspek terbabit adalah adik-beradik berusia 15 dan 16 tahun.

"Pada jam 9 pagi hari kejadian (Khamis lalu), suspek yang berusia 15 tahun itu ada menghantar mesej menerusi aplikasi WeChat dan bertanya saya berada di mana.

"Saya menjawab berada di pusat tahfiz untuk tengok kebakaran dan dia memaklumkan hendak pergi ke lokasi itu juga.

"Namun, dia tidak muncul dan apabila saya maklumkan sudah mahu balik, dia tidak membalas mesej itu," katanya ketika ditemui di Kampung Datuk Keramat, hari ini.

Menurutnya, dia hanya mengetahui dua anak jirannya itu terbabit dalam kes berkenaan selepas kedua-duanya ditangkap polis, kira-kira jam 2 pagi, Jumaaat lalu.

"Kami dapat tahu selepas sepasukan polis menaiki dua van datang ke rumah suspek dan menahan dua beradik berkenaan.

"Saya mengenali dua beradik itu sejak mereka kecil lagi dan mereka tinggal bersama ibu serta dua adik perempuan.

"Kedua orang tua mereka sudah berpisah sejak dua tahun lalu dan sejak dari itu mereka berhenti sekolah kerana banyak masalah peribadi," katanya.

Menurutnya, dua beradik itu rajin membantu ibunya berniaga di pasar malam bagi menampung perbelanjaan keluarga.

"Apa yang saya tahu, dua beradik itu juga baru saja mengenali dan bercampur dengan lima lagi suspek sejak awal tahun lalu.

"Mereka juga jarang melepak di kawasan tasik bersebelahan tahfiz itu kerana kebiasaannya melepak bersama kawan di tepi kediaman mereka saja sehingga menyebabkan jiran memasang kamera litar tertutup (CCTV) di hadapan rumah bagi memantau kegiatan mereka," katanya.

Jirannya memaklumkan bahawa pihak polis turut mengambil rakaman CCTV yang terdapat di kediaman jiran sebelah rumah suspek terbabit bagi membantu siasatan.

Katanya, dia difahamkan jiran terbabit turut memasang CCTV berikutan banyak kes kecurian berlaku di kawasan itu.

"Bagaimanapun, kes itu bukan dilakukan oleh dua beradik terbabit kerana suspek kes curi sudah ditahan polis.

"Susulan penahan dua beradik itu, ibu mereka kelihatan tertekan dan sudah beberapa hari tidak keluar rumah serta berniaga,” katanya.

Berita berkaitan

Mana ada Dewali Keramat kena tangkap

MIP tawar khidmat nasihat percuma

Kedai dah tutup baru mereka muncul

Polis terus kawal

Semak, baiki pendawaian elektrik percuma

'Bukan salah ibu bapa suspek' [METROTV]

Naz mohon maaf

Polis tak sebarkan gambar

Siap ubah suai akhir bulan ini [METROTV]

Padam sekejap 'memori luka'

'Kita sama-sama berdoa' [METROTV]

Tiga pelajar tahfiz stabil, dah balik

Mahu jumpa, beri nasihat

Operasi semula di bangunan baru

‘Sampai hati buat begitu...’

‘Isteri kata api tajam’

Selisih faham futsal pun ada juga

‘Saya maafkan mereka...’

‘Berkat doa, kebenaran terbongkar...’

‘Jangan terus salahkan tahfiz...’

'Saya bangga'

Hari ketiga masih ramai

'Mereka yang membawa tong gas'

Dendam sampai bakar tahfiz

Tujuh remaja direman

Mangsa terselamat di lokasi rahsia

Cari pembeli petrol

Pengkhianat takkan terlepas

Kepatahan, pendarahan, radang paru-paru

'Ada boleh sembang, ada tidak'

'Maaf, saya tak boleh beritahu'

Damailah di sana

Mereka syahid, Allah lebih menyayangi

Ya Allah ampunilah dan rahmatilah dia

Ustaz Yusuf selamat dikebumikan

RM 30 juta untuk maahad tahfiz swasta

Pakai jubah putih bersama

Siapa lelaki itu?

Seorang pelajar ditahan bantu siasatan

Semoga roh mereka dicucuri rahmat

Cari petunjuk daripada rakaman CCTV

Jenazah mula dibawa ke Masjid HKL

Solat jenazah di Masjid HKL

PERKASA bantu waris #DarulIttifaqiyah

12 sahabat di Raudhatul Sakinah

Semua waris dah serah DNA

Ramai datang hulur bantuan

'Satu laluan keluar saja' kata bomba

Berubah tertib masuk tahfiz

2 tong gas timbulkan tanda tanya

Pilu mereka jerit "panas, panas...api, api"

Tiada bahan kimia ditemui

Peluk cium pipi berulang kali

Dah dapat rasa adik nak pergi

Bagaimana nak mati syahid [METROTV]

Air mata tumpah [METROTV]

Sultan Selangor zahir ucapan takziah

Pengetua Pondok Pak Ya simpati

Bomba ambil alih bangunan tahfiz

Gurauan terakhir di Facebook

Azan penenang roh [METROTV]

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Tiada sijil layak menduduki

Mufti Pahang: Semuanya syahid akhirat

Tiada sijil layak menduduki

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Azan penenang roh [METROTV]

Gurauan terakhir di Facebook

Suami baru dinikahi juga terkorban

Kedah ucap takziah

Henti sebar foto jenazah

Doakan anak saya

Gerak hati bapa

'Tiada kompromi soal nyawa'

Pantau elak tragedi berulang

MAIWP bantu urus jenazah

PM zahir rasa sedih

Litar pintas dipercayai punca kebakaran [METROTV]

'Tujuh sahaja sempat turun'

'Mahu tolong ibu ayah ke syurga Firdaus' [METROTV]

Nekad turun dengan tujuh rakan

'Tolong bang...tolong bang' [METROTV]

Ya Allah, 24 semuanya terkorban

Api menjulang ketika azan subuh

20 maut, 3 kritikal, 2 separa kritikal

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 September 2017 @ 9:28 PM