Team Digital Harian Metro

SEBANYAK tujuh pasangan dinikahkan beramai-ramai sempena sambutan Maal Hijrah dan Nikah Perdana 2017 di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak, Kuala Lumpur, semalam.

Majlis pernikahan beramai-ramai itu adalah kali keenam dianjurkan masjid berkenaan.

Pada Maal Hijrah tahun lalu, 10 pasangan berusia antara 20 hingga 28 tahun dinikahkan lima jurunikah diketuai Pegawai Tadbir Agama Daerah Gombak.

Tahun lalu, semua pengantin yang menyertai majlis itu dikenakan bayaran hanya RM1,000 meliputi kos jamuan dan majlis.

Pengantin pada tahun ini juga dikenakan bayaran yang sama bagi kos majlis, kos jamuan dan set pakaian pengantin.

Pengurusan masjid berkenaan menganjurkan program itu bagi membantu pasangan muda melangsungkan perkahwinan tanpa berbelanja besar dan pada masa sama, ia dilihat dapat mengurangkan masalah sosial.

Program berkenaan dilakukan lagi tahun ini, berikutan maklum balas positif daripada masyarakat setempat, terutama dalam kalangan kariah Taman Seri Gombak,

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 September 2017 @ 1:41 AM
Tujuh pasangan yang dinikahkan beramai-ramai sempena sambutan Maal Hijrah dan Nikah Perdana 2017 di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak, Kuala Lumpur, semalam. - Foto dan video ASYRAF HAMZAH