MANGSA yang juga pelajar tahfiz, Muhammad Syamin (foto yang bulatkan) pada majlis tahlil dan bacaan Yassin dan pelajar yang terkorban dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat. FOTO Rosdan Wahid
MANGSA yang juga pelajar tahfiz, Muhammad Syamin (foto yang bulatkan) pada majlis tahlil dan bacaan Yassin dan pelajar yang terkorban dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat. FOTO Rosdan Wahid
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


“YA Allah, mereka-mereka ini sudah meninggalkan ibu bapa, mereka ini dipilih syahid ke jalanmu, mereka ini akan menunggu ibu bapa mereka di Padang Masyar.

“Ampunkanlah dosa mereka Ya Allah," demikan antara doa yang dibacakan pengetua Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmood pada majlis tahlil dan bacaan Yasin di Surau Ittifaqiyah, malam tadi.

Suara Mohd Zahid yang jelas bercampur hiba kemudiannya gagal mengawal emosi dan menangis.

Beberapa jemaah dipercayai ahli keluarga mangsa turut sebak apabila doa dibacakan.

Mangsa yang terselamat, Muhammad Syamin dilihat mengesat air mata ketika doa dibacakan.

Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 40 orang termasuk penduduk setempat, ahli keluarga mangsa dan pelajar terselamat.

Majlis bacaan Tahlil dan Yassin itu diketuai Mohd Zahid bermula pada kira-kira 9 malam.

Majlis kemudian diteruskan dengan Mohd Zahid memohon maaf jika melakukan apa-apa kesilapan sehingga mengguris perasaan keluarga mangsa.

Mohd Zahid berkata, dia enggan hubungan antara keluarga dan pihak pengurusan berakhir akibat kejadian itu dan berharap mereka boleh bersama seperti dulu.

“Saya minta maaf atas segalanya dan tidak mahu ada perbalahan di antara kedua-dua pihak sehinggakan timbulnya isu hendak melantik peguam.

"Seperti keluarga mangsa, saya juga sayangkan anak-anak ini dan menganggap mereka sebagai anak sendiri bahkan banyak masa saya dihabiskan bersama mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 September 2017 @ 11:11 PM