BANGKAI lembu berkepala dua yang ditemui penduduk. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Abnor Hamizam Abd Manap


PENDUDUK Kampung Felda Pasoh Dua, Jempol dikejutkan dengan penemuan bangkai anak lembu berkepala dua di perkarangan rumah kakitangan Felda, hari ini.

Penduduk, Kamarul Azman Kamarudin, 46, berkata, penduduk kampung itu menemui bangkai haiwan ini ketika bersenam di kawasan sekitar, 7.15 pagi tadi.

"Buat masa ini kami tidak mengetahui siapa pemiliknya," katanya.

Menurut Kamarul Azman, penemuan itu dianggap pelik berikutan tidak pernah berlaku.

"Bangkai anak lembu itu ditanam dalam kebun berhampiran," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 September 2017 @ 2:33 PM