KERETA F1 dipandu Michael Schumacher yang bakal dilelong. FOTO Sotheby's
HM Digital

KERETA Formula Satu (F1) Ferrari yang dipandu Michael Schumacher ketika meraih Kejuaraan Kategori Pemandu pada 2001 akan dilelong RM Sotheby's di New York City, 16 November ini.

Menurut RM Sotheby’s, kereta Ferrari F2001 dengan casis bernombor 211 itu dijangka mendapat bidaan lebih AS$4 juta (RM16.88 juta).

Selain Kejuaraan Kategori Pemandu keempat untuk Schumacher, kereta itu turut membawa kemenangan Kejuaraan Kategori Pengeluar ke-11 untuk Scuderia Ferrari pada tahun itu.

Menurut RM Sotheby’s, kereta itu masih boleh beroperasi sepenuhnya dan digunakan di litar.

Ferrari juga menawarkan untuk menyimpannya di Maranello dan mengangkutnya ke acara trek Corse Clienti di seluruh dunia.

Pembelinya juga akan mendapat tunjuk ajar daripada juruteknik, mekanik dan pemandu ujian Ferrari.

Ketua Seni Kontemporari Sotheby’s New York, Grégoire Billault berkata, bidaan itu juga adalah sempena ulang tahun ke-70 Ferrari.

“Ferrari dan Schumacher adalah nama paling terkenal dalam dunia perlumbaan kereta,” katanya dalam kenyataan Sotheby’s.

Ketika ini, kereta itu dipamerkan di minggu Jualan Musim Luruh Sotheby’s di Hong Konng sehingga 3 Oktober ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 September 2017 @ 6:19 PM