Mahaizura Abd Malik

Kajang: Bersih, kemas, teratur dan luas. Itu pemerhatian awal wartawan dan jurugambar saat melangkah masuk ke asrama penginapan pelajar di tingkat tiga bangunan Akademi Darul Huffaz (ADH) International Tahfiz & Science Academy Malaysia yang terletak di Taman Putra Kajang, di sini.

Jarak antara katil ke katil pelajar luas dan selesa untuk mereka bergerak, almari turut diasingkan dari tempat penginapan selain dilengkapi pendingin hawa.


CCTV dipasang di setiap sudut untuk menjaga keselamatan. FOTO Khairull Azry Bidin

Selain itu, terdapat empat laluan yang menghubungkan bahagian atas bumbung bangunan itu yang dijadikan kawasan perhimpunan serta tempat pelajar melakukan pelbagai aktiviti sukan dan riadah.

Bukan itu saja, kemudahan yang menekankan aspek keselamatan turut disediakan seperti pelan tindakan kecemasan, lampu dan tangga kecemasan, hos air, penggera keselamatan, alat pemadam api, tangki air dikhaskan untuk memadam api, tingkap berjeriji besi yang mudah dibuka selain penggunaan almari dan katil besi serta permaidani kalis api.


ALAT pemadam api dipasang di lokasi strategik untuk digunakan sewaktu kecemasan. FOTO Khairull Azry Bidin

Tidak hairanlah jika nama pusat tahfiz yang beroperasi sejak 2008 ini sering menjadi pilihan ibu bapa hingga mendapat jolokan pusat tahfiz bertaraf lima bintang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Oktober 2017 @ 8:02 AM
PANDANGAN luar Akademi Darul Huffaz, Putra Kajang. Gambar kecil, Sheikh Lokman menunjukkan sijil dan piala Anugerah Tahfiz Pengurusan Terbaik kategori madrasah. FOTO Khairull Azry Bidin