Asrizal Aris

 

SELEPAS mengungguli suku pertama dan kedua 2017, laman web Harian Metro (HM) terus mengungguli portal berita di Malaysia untuk Julai dan Ogos dalam kategori berita dan maklumat berdasarkan statistik terbaru dikeluarkan firma pengukur dunia digital ComScore Inc.

Berdasarkan laporan itu, laman berita HM yang boleh dilayari menerusi www.hmetro.com.my mencatat lebih 8.86 juta pelayar unik (UV) dalam tempoh dua bulan itu iaitu 4.68 juta UV pada Julai dan 4.18 juta UV (Ogos).

Pada Julai, laman yang lebih dikenali sebagai myMetro itu mengatasi pesaingnya dengan beza 1.29 juta UV, dan terus mengungguli dengan kelebihan 583,000 UV pada Ogos.

Data yang dikeluarkan oleh firma pengukur dunia digital ComScore Inc. menunjukkan kedudukan portal Harian Metro pada Julai (atas) dan Ogos (bawah).
Data yang dikeluarkan oleh firma pengukur dunia digital ComScore Inc. menunjukkan kedudukan portal Harian Metro pada Julai (atas) dan Ogos (bawah).

Statistik berkenaan merangkumi pelayar yang mengunjungi laman web menggunakan komputer, telefon pintar dan tablet.

Pada suku pertama 2017, laman web HM mencatatkan 9.88 juta UV sepanjang Januari hingga Mac, mengatasi pesaingnya dengan kelebihan 421,000 UV.

Sementara pada suku kedua 2017, HM mencatatkan 12.22 juta UV (April hingga Jun) dan mengatasi pesaing dengan kelebihan 1.703 juta UV.

Bagi segmen video HM, MetroTV yang kini mempunyai lebih 111,824 langganan pengguna di YouTube mencatat lebih 138.5 juta tontonan setakat hari ini.

Di laman sosial, peminat Facebook (FB) myMetro kini mencatatkan lebih 4.4 juta ‘likes’ manakala Twitter rasmi HM kini diikuti lebih 788,000 pengguna.

HM turut mempunyai akaun Twitter lain mengikut kawasan iaitu @hmutara bagi berita di Perlis, Pulau Pinang dan Perak, @hmtengah (Lembah Klang, Melaka dan Negeri Sembilan), @hmtimur (Kelantan, Terengganu dan Pahang), @hmjohor (Johor), @hmsarawak (Sarawak) dan @metrosabah (Sabah).

Sementara itu, tiga lagi akaun Twitter yang fokus kepada berita dunia, sukan dan teknologi iaitu @GlobalHM, @ArenaHM dan @TekLabHM turut mencatatkan peningkatan pengikut.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Oktober 2017 @ 9:49 PM