FOTO yang dirakamkan pada 20 September 2017 memaparkan Emma Maembong bersama Kamal Adli pada Pelancaran My Sketchbook Shawl by Emma Maembong di Hotel Quality Kuala Lumpur. FAIL Aziah Azmee
FOTO yang dirakamkan pada 20 September 2017 memaparkan Emma Maembong bersama Kamal Adli pada Pelancaran My Sketchbook Shawl by Emma Maembong di Hotel Quality Kuala Lumpur. FAIL Aziah Azmee
Najiy Jefri


“HUBUNGAN kami baik dan berjalan seperti biasa,” kata Kamal Adli mengenai desas-desus hubungannya sudah berakhir dengan pelakon cantik, Emma Maembong.

Kamal berkata, hubungan mereka masih baik dan tiada isu besar berlaku.

“€œSaya tak mahu komen mengenai perkara ini. Lagipun, tiada apa yang perlu saya kongsikan ketika in” katanya.

Kamal berharap perkara itu tidak lagi diperbesarkan.

“Saya dengan Emma baik-baik saja. Saya harap peminat terus mendoakan hubungan kami supaya berkekalan hingga ke jenjang pelamin,” katanya.

Terdahulu, Emma dikatakan enggan mengulas mengenai status hubungannya bersama Kamal.

Emma sebelum ini memilih untuk mengunci mulut apabila ditanya mengenai status hubungannya dengan Kamal.

Malah, Emma meminta persoalan itu dijawab oleh Kamal.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Oktober 2017 @ 9:58 AM