MOHAMAD Putera ke perhentian bas di Kampung Megat, Jalan Marandi mana dia ditinggalkan di dalam kotak 21 tahun lalu. FOTO ihsan Mohamad Putera Zainuddin
Nabihah Kamal
nabihah.kamal@hmetro.com.my

“Saya sebak. Terlintas di fikiran apa yang ibu fikirkan dan perasaannya ketika meninggalkan saya yang baru berusia 10 hari di tempat itu bersendirian,” kata Mohamad Putera Zainuddin, 21, yang ditinggalkan di perhentian bas di Kampung Megat, Jalan Maran, dekat Tasik Paya Bungor, Kuantan pada 23 September 1996

Mohamad Putera yang kisahnya tular selepas memuat naik keratan akhbar di Instagramnya dia ditinggalkan di perhentian bas itu, buat pertama kali berkunjung ke lokasi berkenaan selepas 21 tahun, Ahad lalu.

Katanya, kunjungannya memberinya lebih banyak maklumat mengenai apa yang berlaku

pada tarikh berkenaan.

"Saya bertemu pakcik Hamid, antara individu terawal yang menemui saya. Dia dalam perjalanan ke tempat kerja dan melihat ada kotak ditinggalkan di perhentian bas itu.

"Selepas mendekati kotak itu dia ternampak tangan saya terkapai-kapai menyebabkan dia memanggil peniaga kedai runcit di hadapan perhentian bas berkenaan untuk membantu," katanya.


MOHAMMAD Jafri menunjukkan lokasi Mohamad Putera ditinggalkan pada 23 September 1996. FOTO ihsan Mohamad Putera Zainuddin

Menurutnya, peniaga berkenaan memaklumkan ada mendengar bunyi kereta berhenti berhampiran kedainya sebelum mengetahui ada bayi ditinggalkan di situ.

"Pada 5.30 pagi, peniaga itu dengar bunyi kereta dan mungkin itu ibu saya. Namun sehingga kini tiada petunjuk untuk saya mengetahui siapa sebenarnya ibu saya," katanya yang memaklumkan dibantu Ketua Kampung Megat, Mohammad Jafri Maarof dalam usaha jejak kasihnya itu.

Mohammad Jafri juga antara yang terawal ke perhentian bas itu 21 tahun lalu selepas berita penemuan bayi di situ tersebar.


MOHAMAD Putera menziarahi Pak Hamid dan keluarga di Kampung Megat bagi mendapatkan maklumat terperinci. FOTO ihsan Mohamad Putera Zainuddin

Menurut Mohamad Putera, dia akan terus berusaha mencari ibu bapa kandungnya.

"Pada Disember nanti, saya akan ke Bachok, Kelantan untuk jumpa jururawat yang pernah merawat saya di Klinik Gambang selepas ditemui

"Mana tahu usaha saya membuahkan hasil," katanya.

Berita berkaitan:

Jejak kasih Putera dah nampak hasil

'Dia tak akan tinggalkan kami'

'Ayah, ibu, saya nak jumpa...'

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Oktober 2017 @ 12:51 AM