ZARUL Haziq menunjukkan gambar arwah ibunya. FOTO Shahnaz Fazlie Sharizal
Hadzlihady Hassan


“Mak pesan suruh jaga diri,” kata Zarul Haziq Zuryanidufizan, 12, anak kepada Noriah Kasa, 40, yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 147 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Tol Juru, hari ini.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, dia kali terakhir bertemu ibunya Sabtu lalu di Madrasah Darul Furqan, Sungai Rusa, Balik Pulau.

"Mak datang melawat saya. Sebelum pulang dia sempat memeluk dan menasihati supaya menjaga diri.

"Hanya itu pesanan terakhir mak dan saya sangat rindukannya," kata Zarul Haziq yang kelihatan sebak ketika ditemui di Hospital Seberang Jaya, hari ini.

Menurutnya, dia dimasukkan ke pusat tahfiz terbabit oleh ibunya sejak awal tahun lalu.

"Saya terkejut apabila dimaklumkan bapa saudara yang datang menjemput pagi tadi dan memberitahu mak sudah meninggal dunia.

"Apa yang mampu saya lakukan hanyalah membaca al-Fatihah sebaik mendengar berita sedih itu," katanya.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu, lapan wanita termasuk tujuh warga Indonesia maut akibat kemalangan membabitkan dua bas kilang.

Berita berkaitan:

‘Syikin, tolong mak... tolong mak’/a>

'Drebar' bas cabut lari ?/a>

Hilang rakan karib sekelip mata

4 pekerja maut di lokasi, 30 cedera

Berita berkaitan:

Lapan pekerja kilang terbunuh

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Oktober 2017 @ 1:06 PM