FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
Hadzlihady Hassan


EMPAT rentung dalam kebakaran rumah dua tingkat di Pintasan Cecil 5, Pengkalan Weld, Georgetown, awal hari ini.

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Mohd Azman Hussin, berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.08 pagi.

Menurutnya, tiga mayat terdiri daripada dua dewasa, masing-masing di tandas dan ruang tamu tingkat bawah, pada 7.10 pagi.

“Mayat kanak-kanak pula ditemui di tingkat atas pada 7.51 pagi. Identiti semua mangsa masih belum dikenalpasti.


FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal

“Sehingga ini, bomba dan polis masih berada di lokasi untuk melakukan siasatan dan tiga mayat sudah dikeluarkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 November 2017 @ 8:35 AM