Reuters

LEBIH 600 rumah rosak dan 35 orang cedera selepas puting beliung melanda kawasan perumahan di Jawa Timur, semalam.

Jurucakap agensi pengurangan bencana, Dwidjo Prawito berkata, kejadian kira-kira lima hingga sepuluh minit itu dengan angin selaju 70 kilometer sejam menyebabkan kerosakan di kawasan Sidoarjo yang terletak di selatan Surabaya.

Prawito berkata, kira-kira 100 orang dipindahkan ke sekolah rendah berhampiran manakala mangsa lain menumpang di rumah keluarga.

PENDUDUK memeriksa rumah yang rosak berikutan puting peling di Sidoarjo. FOTO Reuters/Antara Foto
PENDUDUK memeriksa rumah yang rosak berikutan puting peling di Sidoarjo. FOTO Reuters/Antara Foto

Rakaman video di media sosial menunjukkan sebahagian bumbung tercabut selain serpihan.

Februari lalu, 166 rumah dilaporkan rosak apabila puting beliung melanda beberapa kampung di kawasan sama.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 November 2017 @ 7:41 PM
PENDUDUK memeriksa rumah yang rosak berikutan puting peling di Sidoarjo. FOTO Reuters/Antara Foto
PENDUDUK memeriksa rumah yang rosak berikutan puting peling di Sidoarjo. FOTO Reuters/Antara Foto
PUTING beliung selaju 70 kilometer sejam yang melanda Sidoarjo merosakkan lebih 600 rumah. FOTO YouTube Liputan6.com
PUTING beliung selaju 70 kilometer sejam yang melanda Sidoarjo merosakkan lebih 600 rumah. FOTO YouTube Liputan6.com
Digital NSTP Subscribe