PANGSAPURI Greenfield Regency di Jalan Skudai Lama di Taman Tampoi Indah Tampoi. IHSAN Pembaca
PANGSAPURI Greenfield Regency di Jalan Skudai Lama di Taman Tampoi Indah Tampoi. IHSAN Pembaca
Mary Victoria Dass


BUDAK perempuan lapan tahun maut terjatuh dari tingkat sembilan pangsapuri di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, pada 2.20 petang Sabtu.

Ketua Polis Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, berkata anggota Balai Polis Tampoi menerima panggilan daripada kakitangan syarikat kawalan keselamatan memaklumkan kejadian itu.

Beliau berkata, kejadian di Pangsapuri Greenfield Regency di Jalan Skudai Lama, Taman Tampoi Indah, Tampoi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu merajuk dan mengurung diri dalam bilik selepas ditegur ibunya kerana membuat bising di rumah.

Katanya, tidak lama kemudian ibunya menyedari kanak-kanak itu terjatuh.

“Kanak-kanak itu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mohd Taib berkata, tiada sebarang unsur jenayah namun pihaknya masih menjalankan siasatan.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 November 2017 @ 9:17 PM
Digital NSTP Subscribe