TERIMA KASIH Badrul Hisham Che Li
Safuri Kamarudin
am@hmetro.com.my


TIGA beranak terselamat selepas rumah mereka dihempap pokok machang di Kampung Gabus, Mukim Pulai, Baling, petang Sabtu.

Che Zamri Che Zain, 22, berkata dia bersama isteri, Nor Amira Idris, 20, dan anak mereka, Che Zulaika, setahun, sedang berehat dan hujan ketika itu sangat lebat.

Bagaimanapun, katanya, tiba-tiba mereka terkejut pokok di belakang rumah tumbang dan menghempap bahagian dapur, pada 4.30 petang.


TERIMA KASIH Badrul Hisham Che Li

“Saya terkejut kerana dentuman kuat sebelum meluru memeluk anak yang sedang tidur di ruang tamu. Anak turut menangis kerana terkejut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Che Zamri berkata, mujurlah pokok itu tumbang di bahagian dapur dan mereka terselamat kerana berada di ruang tamu ketika itu.

“Angin kuat dan hujan berterusan menyebabkan pokok di belakang rumah tumbang.

“Saya juga bimbang pokok lain yang dah tua dan dekat dengan rumah akan tumbang sekiranya berlaku ribut,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur terselamat dan sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu serta pihak berkaitan untuk mendapat bantuan membaiki rumah.

“Saya berharap mendapat perhatian bagi meringan beban memandangkan saya hanya bekerja di bengkel dengan pendapatan tidak tetap,” katanya.


TERIMA KASIH Badrul Hisham Che Li

Sementara itu, Penghulu Mukim Pulai, Badrul Hisham Che Li, berkata, dia sudah melawat mangsa dan menghulur bantuan makanan.

Katanya, dia sudah mengambil laporan kejadian dan menghantar ke pihak atasan untuk perbaiki rumah mangsa yang rosak.

“Rumah mangsa rosak teruk dan dimasuki air kerana hujan lebat ketika itu.

“Tetapi mujur tidak ada kemalangan...cuma mereka trauma,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 November 2017 @ 10:41 PM