FAUZAN muncul juara buat kali keempat berturut-turut. -Foto ZULFADHLI ZULKIFLI DAN ASYRAF HAMZAH.
FAUZAN dinobatkan juara keseluruhan kategori Lelaki Terbuka HMMTBGP 2017. -Foto ZULFADHLI ZULKIFLI DAN ASYRAF HAMZAH.
Aida Adilah Mat dan Amrullah Abdul Karim


PELUMBA kebangsaan, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi membuktikan dia berada dalam kelasnya tersendiri apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan kategori Lelaki Terbuka Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTBGP) 2017.

Biarpun menamatkan saingan di kedudukan kedua pada siri terakhir HMMTBGP 2017 yang berlangsung di Sungai Buaya, Selangor apabila tewas kepada Saufi Mat Senan, kedudukan pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur dalam senarai keseluruhan nyata sukar digugat.

Fauzan, 31, melakar sejarah tersendiri dalam siri penganjuran basikal lasak Harian Metro yang mula dianjurkan pada 2013 apabila meraih kejuaraan buat kali keempat berturut-turut dalam saingan Lelaki Terbuka.

Katanya, masalah teknikal yang berlaku di pertengahan perlumbaan menyebabkan kayuhannya sedikit terjejas.

“Saya bermula dengan baik namun keadaan laluan yang licin dan berbukit menyebabkan tayar saya pancit dan perkara itu merencatkan kayuhan saya kali ini.

“Apapun, Alhamdulillah dengan kejayaan ini dan misi saya untuk mempertahankan kejuaraan keseluruhan buat kali keempat menjadi kenyataan,” katanya.

Berpengalaman dalam saingan basikal lebuh raya, Fauzan yang beraksi untuk pasukan SBS Giant PDRM mengumpul 290 mata menewaskan rakan pasukan Muaz Abdul Rahim (230) diikuti Mohd Khuzairi Abdul Bakar (220).

Bagi kategori Junior Master, Zukri Tahir dari Polygon Malaysia muncul juara keseluruhan (290) diikuti Surachet Sun Jui - Thailand All Star dan Azizulazli Shaari ketiga.

Muhammad Razani Husain meraih 300 mata juara keseluruhan kategori Senior Master diikuti Tan Chee Yong

dari SBS Giant dan Prasert Chitmart dari Thailand All Star.


FAUZAN muncul juara buat kali keempat berturut-turut. -Foto ZULFADHLI ZULKIFLI DAN ASYRAF HAMZAH.

Kategori Junior Lelaki diungguli Khairul Aniq Mohamas Ghazali dari SBS Giant sambil diiekori Muhammad Yusri Shaari dari Gerik Cycling Team dan Abdul Syazwan Abdul Rahman dari Nadiz Terengganu Cycling.

Manakala Wanita Terbuka dikuasai pelumba Thailand All Star, Sarocha Kamalakhon diikuti Masziyaton Mohd Radzi dan Noor Azizan Alias dari Deuter Pinky.

Hadiah wang tunai, medal dan jersi disampaikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad, Ferdaus Toh Abdullah, Editor Eksekutif Berita dan Hal Ehwal Semasa Harian Metro, Tuan Mohamad Asri Tuan Hussein diiringi Ketua Pengurusan Harta Perbankan Pengguna Affin Bank Berhad, Nur Ain Ramli dan guru besar Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya, Suzanah Mohd Amin.

Juara keseluruhan membawa pulang wang tunai RM1,500, RM1,000 dan RM500 berserta pingat.

Saingan HMMTBGP 2017 dihangatkan oleh penaja utama, Affin Bank Group bersama beberapa rakan penaja lain terdiri daripada Honda Malaysia Sdn Bhd, Polygon, Deuter, Demak, Tesco Malaysia, Julie’s Biscuit, Mamee Double Decker, Isuzu Malaysia, Daytona Wealth (minuman tenaga Drive) dan Asus Malaysia.

Acara HMMTBGP 2017 pusingan akhir mendapat kerjasama Majlis Daerah Hulu Selangor, Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, IPD Hulu Selangor, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Selangor.

Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2017 Sungai Buaya

Lelaki Terbuka

1. Saufi Mat Senan - 1:28.22s

2. Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi - SBS Giant 1:28.24s

3. Mohd Khuzairi Abdul Bakar -Izrimee Bike 1:28.56s

Terbuka Wanita

1. Supuskorn Nuntana - Thailand All Star 1:44.22s

2. Noor Azian Alias - Deuter Pinky 1:47.08s

3. Sarocha Kamalakhon -Thailand All Star 1:50.04s

Junior Master

1. Zukri Tahir - Polygon Malaysia 1:30.48s

2. Surachet Sun Jui - Thailand All Star 1:31.01s

3. Azizulazli Shaari - Team Natura 1:39.01s

Senior Master Lelaki

1. Muhammad Razani Husain 1:36.22s

2. Prasert Chitmart - Thailand All Star 1:38.40s

3. Tan Chee Yong - SBS Giant 1:39.58s

Junior Lelaki

1. Khairul Aniq Mohamad Ghazali - SBS Giant 1:29.11s

2. Muhammad Yusri Shaari -Gerik Cycling Team 1:30.37s

3. Muhammad Aidil Taufid Afendi - Geng Budak Hitam 1:30.37s

Juara Keseluruhan

Lelaki Terbuka

1. Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi - SBS Giant - 290 mata

2. Muaz Abdul Rahim - SBS Giant - 230 mata

3. Mohd Khuzairi Abdul Bakar - Izrimee Bike - 220 mata

Junior Master

1. Zukri Tahir - Polygon Malaysia - 290 mata

2. Surachet Sun Jui - Thailand All Star - 280 mata

3. Azizulazli Shaari - Team Natura - 240 mata

Senior Master

1. Muhammad Razani Husain - 300 mata

2. Tan Chee Yong - SBS Giant 240 mata

3. Prasert Chitmart - Thailand All Star - 180 mata

Junior Lelaki

1. Khairul Aniq Mohamas Ghazali - SBS Giant - 290 mata

2. Muhammad Yusri Shaari - Gerik Cycling Team - 190 mata

3. Abdul Syazwan Abdul Rahman - Nadiz Terengganu Cycling - 170 mata

Wanita Terbuka

1. Sarocha Kamalakhon - Thailand All Start - 270 mata

2. Masziyaton Mohs Radzi - SBS Giant - 260 mata

3. Noor Azizan Alias - Deuter Pinky - 250 mata

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2017 @ 5:34 PM