TERIMA KASIH Bomba dan Penyelamat Malaysia
Izlaily Nurul Ain Hussein


KANAK-KANAK perempuan dua tahun diselamatkan tanpa cedera selepas kepalanya tersepit di katil rumah kira-kira 20 minit di Kampung Melayu, Kayu Ara Pasong, Pontian.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Mohd Shahlan Amrin, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.11 petang.

“Saya bersama dua anggota bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kepala kanak-kanak itu tersepit pada lubang kepala katil.

“Kita dapati katil itu biasa digunakan dalam rawatan mengurut yang biasanya diletakkan di ruang tamu rumah itu.

“Kami menggunakan peralatan khas menyelamat kanak-kanak itu.

“Iaitu dengan cara membesarkan lubang berkenaan dan kemudian kami dapat mengeluarkan kepala kanak-kanak itu tanpa cedera,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya memerlukan kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan kepala kanak-kanak itu sebelum menamatkan operasi pada 4.44 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Disember 2017 @ 6:59 PM