PEMANDANGAN Baitulmaqdis pada 14 Julai 2017. FOTO EPA
AFP

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, hari ini, sekaligus mengabaikan polisi berdekad negara itu serta amaran daripada sekutunya di Timur Tengah dan seluruh dunia.

Pegawai kanan pentadbiran AS berkata, Trump akan membuat pengumuman khas dari White House di Washington DC, AS pada 1 tengah hari waktu tempatan (2 pagi waktu Malaysia).

“Beliau akan berkata kerajaan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Beliau melihat ini sebagai pengiktirafan dari segi realiti bersejarah dan moden," katanya dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Trump juga akan mengarahkan Kedutaan AS mula berpindah dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Bagaimanapun, Trump akan menandatangani pengecualian bagi membolehkan kedutaan itu berada di Tel Aviv buat masa ini dan mungkin untuk beberala tahun.

“Pencarian lokasi, menangani masalah keselamatan, rekaan bangunan baru, pembiayaan dan pembinaan akan mengambil masa,” kata pegawai itu.

Kebanyakan masyarakat antarabangsa tidak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israelsecara rasmi , dengan menyatakan bahawa isu ini hanya dapat diselesaikan dalam rundingan akhir.

Dalam satu siri panggilan pagi ini, pemimpin Arab Saudi, Mesir, Jordan, EU, Perancis, Jerman dan Turki memberi amaran kepada Trump terhadap langkah itu.

Berita berkaitan:

Palestin gesa bincang isu Baitulmaqdis

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Disember 2017 @ 10:25 AM