HM Digital
am@hmetro.com.my


•Polis rampas empat pistol, tiga gari dan tiga paket dadah jenis heroin bernilai RM11,500 dalam satu serbuan di Taman Idaman, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan.

•Remaja lelaki menemui tengkorak dan serpihan tulang manusia ketika sedang melastik burung di kebun kelapa sawit Kampung Staponal, Batu Jong, Kuala Krai.

•Banduan yang sedang menjalani hukuman penjara 30 tahun kerana kesalahan rogol mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan merogol dan meliwat remaja bawah umur, dua tahun lalu.

•Wanita warga Kenya dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka selepas mengaku bersalah melakukan ugutan bunuh ke atas keluarga majikannya, Ogos lalu.

•Perhimpunan Agung UMNO 2017 bermula dengan majlis perasmian oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Merdeka, PWTC.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Disember 2017 @ 7:03 PM