• Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun maut selepas tertembak dengan senapang patah dalam kejadian di Kampung Empa, Mukim Derang, Pokok Sena.

• Empat mayat yang ditemui dalam kebakaran rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, dipercayai dibunuh sebelum rumah mereka dibakar.

• Empat warga emas dan seorang warden maut selepas pusat jagaan orang tua di Sungai Long, Kajang terbakar 80 peratus.

• Empat lelaki berusia dari 21 hingga 39 tahun dipercayai ahli sindiket curi kereta dikenali sebagai Geng Vicky Boy ditahan polis.

• Lelaki yang mencederakan isteri dan dua anak lelakinya dengan menggunakan pisau direman empat hari.

• Pegawai khas Exco Perak, Ahmad Nor Al-Zaidin Ahmad Azzudin, 35, bersama isteri, Norhaslina Abdul Razak dan adiknya, Nor Azira Ahmad Azzudin, 24, maut dalam kemalangan.

• Jenazah lima beranak yang terbunuh dalam kemalangan di Segamat, 6 petang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Haji Manan Kluang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Disember 2017 @ 6:50 PM