Nor Dyana dikhuatiri lemas. FOTO ihsan PDRM
Nor Dyana dikhuatiri lemas. FOTO ihsan PDRM
Shahrul Nizam Mohamad


PELAJAR perempuan orang kurang upaya (OKU) dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam air ketika cuba menyelamatkan adiknya di Pusat Rekreasi Lata Lembik Ulu Sungai, Raub, 5.30 petang semalam.

Mangsa Nor Dyana Abd Malek, 17, yang cacat tangan kanan berasal dari Paya Serai, Jalan Bukit Seladang, Bandar Bera, Bera.

Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan cuba menyelamatkan adiknya, Siti Normala, 15, yang tergelincir di air terjun pusat rekreasi itu.

"Mangsa hilang dibawa arus namun adiknya selamat.

"Operasi mencari dijalankan Unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat Raub disambung jam 8 pagi hari ini selepas dia tidak ditemui semalam," katanya.

Beliau berkata, operasi mencari mangsa juga sukar kerana arus deras.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Disember 2017 @ 10:51 AM