Noor Rashid (gambar kecil)
Mohd Husni Mohd Noor

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan khas di peringkat negeri bagi menyiasat kes pembunuhan membabitkan lelaki dipercayai ketua kumpulan kongsi gelap di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman akan turut memantau perkembangan kes berkenaan bagi memastikan suspek yang diburu dapat ditahan secepat mungkin.

"Pasukan khas ini akan melihat dan mengumpul maklumat risikan serta memastikan mereka yang melakukan serangan ini dapat ditangkap dan didakwa di mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik berkata, siasatan mendapati insiden pembunuhan tragis itu berpunca akibat perselisihan dan perebutan antara dua kumpulan kongsi gelap.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pihak polis sudah mengenal pasti empat suspek yang terbabit dalam kejadian itu dan sedang menjejaki mereka.

Dalam kejadian pada malam Ahad lalu, hasil bedah siasat mendapati mangsa berusia 40-an maut akibat luka tikaman ke jantung.

Selain ditikam, mangsa turut dilanggar dan digilis dengan sebuah kereta jenis BMW 520i sehingga mati.

Berita berkaitan

[UPDATE] Angkara dendam kongsi gelap

href="https://www.hmetro.com.my/utama/2017/12/294747/rodok-sampai-jantung">Rodok sampai jantung

Ditikam, dilanggar, digilis sampai mati [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Disember 2017 @ 1:49 PM