Skip this ad x
Raja Noraina Raja Rahim


BAPA murid lelaki yang didakwa menghadapi masalah disiplin dan didenda sehingga mengheret Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan ke mahkamah, menafikan mahu menyaman guru terbabit.

Lelaki berusia 50 tahun itu mendakwa keluarganya tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan sivil terhadap Cikgu Azizan, selepas kes terbabit selesai di mahkamah, hari ini.

“Tindakan itu (saman) bukan sebahagian daripada apa yang kami mahu laksanakan buat masa ini. Mungkin berlaku salah faham atau kekeliruan ketika isteri ditemui wartawan itu (bukan dari kumpulan NSTP).

“Kami amat tertekan sekarang ini dan trauma. Tumpuan kami adalah mahu pulih daripada tekanan,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Terdahulu, lelaki terbabit mendakwa menerima banyak tekanan daripada pelbagai pihak selepas kes berkenaan menjadi tular di laman sosial Facebook.

Dia memberitahu belum bersedia untuk menceritakan apa yang berlaku dan berkemungkinan akan mengadakan sidang media, esok.

Berita berkaitan

'Kami sekeluarga tertekan'

[UPDATE] 'Saya doakan moga dia berjaya'

Alhamdulillah, kemenangan untuk Cikgu Azizan

Hak individu untuk sokong Cikgu Azizan

'Cikgu Azizan, kami di belakang anda'

Pray for Cikgu Azizan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Disember 2017 @ 11:56 PM