Sekitar majlis majlis perkahwinan beramai-ramai anjuran saudagar berlian di Gujarat, India. - Foto Daily Mail
Saudagar berlian, Mahesh Savani, sendiri melakukan upacara 'Kanyadaan' iaitu melepaskan anak perempuan untuk berkahwin. - Foto Daily Mail
Seramai 251 pengantin wanita, termasuk lima pasangan Islam dan satu pasangan Kristian menyertai majlis perkahwinan beramai-ramai anjuran saudagar berlian di Gujarat, India. - Foto Daily Mail
Agensi

LEBIH 250 pasangan di Surat, India, sebahgian besarnya pengantin perempun yang yatim, berkahwin dalam majlis perkahwinan besar-besaran yang ditaja seorang saudagar berlian.

Saudagar berkenaan, Mahesh Savani, menaja majlis perkahwinan di negeri Gujarat itu untuk wanita yang tiada bapa serta lima pasangan Islam, satu pasangan Kristian dan dua wanita yang positif HIV.

Mahesh yang percaya mengahwinkan perempuan amat diberkati tuhan, menaja dan menganjurkan perkahwinan beramai-ramai di Surat sejak 2012.

Saudagar berlian, Mahesh Savani, sendiri melakukan upacara 'Kanyadaan' iaitu melepaskan anak perempuan untuk berkahwin. - Foto Daily Mail

Menurut Daily Mail yang memetik media India, beliau sendiri melakukan upacara 'Kanyadaan' iaitu melepaskan anak perempuan untuk berkahwin.

Ratusan pengantin yang berpakaian etnik masing-masing, terbabit melakukan upacara perkahwinan di saksikan ribuan orang.

Sebelum ini, Mahesh memberi hadiah barang kemas dan perabot rumah bernilai 500,000 rupees ($7,400) kepada setiap pengantin bagi membantu mereka memulakan kehidupan selepas berkahwin.

Sekitar majlis majlis perkahwinan beramai-ramai anjuran saudagar berlian di Gujarat, India. - Foto Daily Mail

Menurut Mahesh, menjadi tanggungjawab sosial kepadanya membntu wanita yang tidak mampu membiayai majlis perkahwinan mereka.

“Saya mengambil alih tanggungjawab bapa mereka. Kali ini, pemaju hartanah Sanjay Movaliya turut membantu,” katanya kepada Indian Express. '

Kos majlis perkahwinan di India tinggi dengan keluarga pengantin wanita perlu membayar mahar dengan wang dan hadiah.

Bapa biasanya membiayai perkahwinan anak perempuannya dan bagi perempuan yang kematian bapa atau miskin, peluangnya untuk berkahwin amat tipis.

Majlis itu juga menyediakan makanan untuk ribuan orang, termasuk ahli keluarga pengantin selama beberapa hari.

Mahesh mula menganjurkan perkahwinan beramai-ramai itu pada 2008 selepas seorang pekerja wanitanya kematian bapa beberapa hari sebelum dia berkahwin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Disember 2017 @ 9:51 PM