KEADAAN SK Beliau Ahad yang dinaiki air. FOTO ihsan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
Mohd Rizal Abdullah
mohd.rizal@hmetro.com.my


TIGA sekolah rendah yang mempunyai 330 murid ditutup akibat banjir dengan dua sekolah di daerah Subis dan satu sekolah di daerah Belaga, hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata, sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) RH Essau dan SK Beliau Ahad di Subis selain SK Uma Sambob di Belaga.

Menurutnya, hujan lebat berterusan mengakibatkan kawasan sekolah berkenaan dinaiki air separas 0.9 meter sejak pagi tadi.

"Jalan menuju ke SK Beliau Ahad dan SK Uma Sambob turut dinaiki air sekali gus mengakibatkan penduduk terputus hubungan selain berbahaya kepada murid.

"Antara kawasan yang terjejas ialah kawasan padang sekolah, kelas, kuarters guru dan tadika.

"Setakat ini, air banjir di daerah Subis menunjukkan peningkatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 January 2018 @ 12:17 PM