GAMBAR yang dirakam Anna bersama pesakit yang nazak menyebabkan dia disiasat pihak berkuasa Russia. FOTO Agensi
GAMBAR yang dirakam Anna bersama pesakit yang nazak menyebabkan dia disiasat pihak berkuasa Russia. FOTO Agensi
Agensi

Moscow: Seorang jururawat di sebuah hospital di Russia disiasat selepas merakam swafoto dengan pesakit nazak sebelum memuat naik gambar itu di media sosial.

Anna Kim turut mencetuskan kemarahan pengguna media sosial apabila mendakwa ‘kami mengikat mereka pada katil.’

Dia turut mencaci dan memaki pesakitnya dengan menggambarkan mereka sebagai orang tua yang tidak berdaya.

Gambar dimuat naik Anna adalah trend terbaru kakitangan perubatan menggunakan media sosial untuk menghina pesakit, tidak berdaya dan tua yang sepatutnya dijaga mereka.

Anna turut mendakwa doktor di hospital tempat dia bertugas di Sakhalin pilih kasih dengan membantu pesakit yang mahu dibantu saja.

“Jika mereka tidak mahu membantu (pesakit)...habislah.”

“Mereka bukannya peduli. Kalau pesakit menghidap tekanan darah rendah yang terlampau rendah sekalipun mereka tidak menggunakan defibrilator,” katanya.

Anna yang masih bertugas berikutan belum dikenakan tindakan memuat naik gambarnya bersama pesakit wanita tua yang nazak.

“Ada pesakit yang menjadi gila dan kami mengikat mereka ke katil. Tetapi okay saja, beginilah kehidupan,” katanya.

Presiden Russia, Vladimir Putin sebelum ini mengenal pasti penjagaan kesihatan sebagai keutamaannya dalam pada dia berusaha dilantik untuk penggal keenam.

Namun, semakin ramai doktor dan jururawat berkongsi gambar bersama pesakit yang menunjukkan kecacatan serta penyalahgunaan sistem perubatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 January 2018 @ 7:43 AM