Nazri ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia ketika menuruni Gunung Kinabalu pada 5.40 petang hari ini. FOTO ihsan bomba
Recqueal Raimi
hmkk@hmetro.com.my


PENDAKI yang terpisah daripada kumpulannya ketika menuruni Gunung Kinabalu, Ranau, ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia pada 5.40 petang hari ini.

Mangsa Nazri Omar, 49, dipercayai terpisah daripada kumpulannya dan hilang di kilometer lapan ketika turun dari puncak gunung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Ranau, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.15 tengah hari dan empat anggota lokasi kejadian.

"Menurut laporan, Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat (MOSAR) dan kakitangan Taman-Taman Sabah (TTS) menerima maklumat daripada salah seorang rakan pendaki memaklumkan mangsa terpisah daripada kumpulan.

"Kemudian, salah seorang petunjuk arah melaporkan mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum diusung PBB MOSAR untuk dibawa turun ke kaki gunung (Timpohon Gate) sementara menunggu ketibaan pasukan BBP Ranau," katanya ketika dihubungi, haru ini.

Bagaimanapun, menurut Jimmy, sebaik tiba di Timpohon Gate, mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor yang berada di lokasi.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Punca kejadian masih dalam siasatan manakala operasi ditamatkan serta merta," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 January 2018 @ 9:07 PM