STATUS yang dimuat naik semalam oleh Allahyarham Ahmad Fakhrurazi semalam.
STATUS yang dimuat naik semalam oleh Allahyarham Ahmad Fakhrurazi semalam.
Zatul Iffah Zolkiply


BAPA yang meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas selepas menyelamatkan anak dalam kebakaran rumah di Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu, hari ini, memuat naik catatan mengenai kematian di Facebook, semalam.

Ahmad Fakhrurazi Shafie,45, yang juga anak ketujuh daripada lapan beradik memuat naik status itu pada 7.22 pagi semalam.

Sehingga 2.30 petang tadi, status itu turut menerima reaksi termasuk ‘Like’ daripada 256 orang, selain dikongsi sebanyak 32 kali dengan 135 komen.

Status dimuat naik mangsa meruntun rakan Facebook sebaik mengetahui kejadian berkenaan.

Antara lain yang dimuatnaik Allahyarham adalah seperti berikut:

Assalam...

Fahamilah 7 Perkara Dalam Hidup Kita :

1. Apabila Meninggal Dunia Seorang Ayah,

Maka Matilah Pimpinan dan Nasihatnya...

2. Apabila Meninggal Dunia Seorang Ibu,

Maka Terpadamlah Cahaya Kelembutan Belaian dan Tunjuk Ajarnya...

3. Apabila Meninggal Dunia Seorang Abang, Maka Longlailah Cita-Cita Yang Dikongsi Bersama...

4. Apabila Meninggal Dunia Seorang Kakak, Maka Hilanglah Senyuman Kasihnya...

5. Apabila Meninggal Dunia Adik2 Mu,

Maka Hilanglah Tempat Tumpang Kasih, Nakal, Gurauan dan Keceriaanya...

6. Apabila Meninggal Dunia Pasangan Mu,

Maka Pudarlah Perkongsian Harapan, Perasaan dan Keceriaannya...

7. Apabila Meninggal Dunia Seorang Sahabat,

Maka Pudarlah Sinar Nasihat & Doa Tulus Dari Bersih Hatinya...

Ketahuilah....

Hidup Ini Sangat Singkat Untuk Kedengkian, Kemarahan, Kebencian dan Memutuskan Hubungan Kerana ESOK Semuanya Hanya Tinggal Kenangan.

Maka.....

Senyumlah, Berlapang Dadalah, Maafkanlah Sesiapa Yang Menyakitkan Kita Kerana Kita Tidak Tahu.... Bila Kita Akan Berangkat ' Meninggalkan' Dunia Yang Fana Ini....

Wallahu a’lam bish-shawa.

Dalam kejadian 8.40 pagi tadi, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sambil memeluk anaknya Muhammad Aqil Harith, 3, di halaman rumah oleh anak saudaranya.

Anak saudaranya cuba membangunkan bapa saudaranya yang juga Timbalan Ketua Cawangan UMNO Kuala Ibai,namun arwah tidak memberi sebarang tindak balas.

Katanya, anak bongsu mangsa hanya menangis dalam pelukan bapanya, namun tiada kecederaan dialami kanak-kanak berkenaan sebelum diambil oleh neneknya.

Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik pasukan perubatan tiba di lokasi untuk memberikan rawatan kecemasan.

Berita berkaitan:

Kasih bapa sehingga hujung nyawa

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 January 2018 @ 3:17 PM