PENDUDUK yang hadir di Tanah Perkuburan Islam Kampung Penghulu Him. FOTO Nor Farhani Che Ad
Nor Farhani Che Ad
am@hmetro.com.my


ALLAHYARHAM Ustaz Murtadza selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Penghulu Him, Sungai Petani, kira-kira 7 malam ini.

Lebih 500 jemaah hadir. Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi pada paru-paru di Hospital Taiping (HT) pada 12.30 tengah hari, Sabtu.

Jenazah Mohd Murtadza Mohd Yussof atau Ustaz Murtadza, 30, tiba di rumahnya di Kampung Bakar Kapor, Sungai Petani dari Taiping HT pada 4.30 petang.

Kemudian arwah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Kampung Penghulu Him dengan diimamkan oleh Syeikh Muhammad Kurayyim Rojih dari Yaman.

Isterinya, Nurul Ana Shafie, 30, ketika ditemui selepas solat jenazah, berkata dia baru sampai ke HT, pagi Sabtu, untuk mengambil giliran menjaga suami.

Bagaimanapun, katanya, dia kemudian mendapati arwah suaminya sudah tenat.

“Sebelum ini, keadaan arwah suami stabil. Namun, pada pagi Sabtu, saya dimaklumkan kadar oksigen dalam tubuhnya menurun secara tiba-tiba.

“Sejam selepas saya sampai di hospital, suami disahkan meninggal dunia,” katanya.

Berita berkaitan

Ustaz Murtadza sudah tiada

Doakan Ustaz Wadi Anuar, Murtadza

Penceramah tersasar pandu

Doakan mereka cepat pulih

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 January 2018 @ 8:51 PM