FOTO Mat Zahir Mat Isa
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my


LEBIH 20,000 pengunjung membanjiri kawasan letak kereta B, Pusat Konvensyen Setia City, di Setia Alam, Shah Alam, bagi menghangatkan acara Konsert GegaRia Fest, malam tadi.

Di acara kemuncak di lokasi pertama GegaRia Fest anjuran Media Prima Berhad itu, pengunjung dihiburkan dengan persembahan artis popular tanah air seperti DeFam, Noh Salleh, Akim & The Majistret, Kugiran Masdo dan Bunkface.

“Ini adalah persembahan konsert pertama untuk saya dalam tahun 2018 dan saya sendiri tak menjangkakan sambutan sebegini hebat.


FOTO Mat Zahir Mat Isa

“Pada awalnya, saya diminta mempersembahkan tiga lagu, tapi melihatkan semangat pengunjung yang membanjiri tapak acara, saya jadi teruja dan nyanyikan satu lagu tambahan,” katanya.

Satu lagi kumpulan yang membuat persembahan adalah kumpulan baru, Kugiran Masdo.

“Sebagai kumpulan baru, kami sendiri tak sangka ada peminat yang tahu dan turut serta menyanyikan bersama lagu-lagu kami,” kata vokalis, Ali Sariah.


FOTO Mat Zahir Mat Isa

Kugiran Masdo tampil mempersembahkan tiga lagu mereka iaitu Teruna dan Dara, Bunga dan Bercanda Di Malam Indah.

Ketua Pegawai Komersial The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Alfian Talib, berkata acara pertama ini berjaya mencapai objektif seperti yang diharapkan.

“Sebagai penganjur, kami mensasarkan golongan remaja dan melihatkan jumlah pengunjung sejak siang, rata-rata adalah golongan itu.

“Secara keseluruhan, acara ini dihadiri hampir 50,000 pengunjung sejak kira-kira 8 pagi Sabtu sehingga tamat konsert,” katanya.


FOTO Mat Zahir Mat Isa

Selain konsert, acara GegaRia Fest juga menyajikan pelbagai aktiviti menarik di beberapa zon iaitu Zon Makan-Makan, Zon Throwback Tunnel, Zon Gaya Hidup, Zon Komuniti dan Zon Hiburan GegaRia.

Selain di Setia Alam, GegaRia Fest juga akan bertandang ke dua lokasi lain iaitu Plaza Angsana, Johor Bahru pada 3 Februari dan Stadium Darul Makmur, Kuantan (24 Februari). adalah golongan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 January 2018 @ 11:34 PM