Maria Erianty selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 25, Machang, 6 petang hari ini. FOTO Siti Nadzirah Che Mud
Siti Nadzirah Che Mud


KIRA-KIRA 200 orang hadir pada pengebumian mangsa ragut, Maria Erianty Zakaria, 40, di Tanah Perkuburan Islam Batu 25, Machang, kira-kira 6 petang hari ini.

Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid Al Ikhsan, Kampung Kolam Abu, selepas tiba dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Suaminya, Mohd Zairie Mohamad Zain, 48, bersyukur semua urusan pengebumian berjalan lancar.

“œJenazah dibawa keluar dari HUSM pada 2 petang tadi dan dibawa ke masjid untuk disembahyangkan sebelum ke tanah perkuburan.

“Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar dan saya amat berterima kasih kepada semua yang mendoakan serta membantu saya dan keluarga.

“Kmi reda dengan ketentuan Ilahi walaupun pemergiannya cukup dirasai, " katanya ketika ditemui, hari ini.

Menurutnya, anaknya berusia 10 hingga 21 tahun masih terkejut dengan pemergian arwah dan sukar menerima kehilangan itu.

Maria Erianty meninggal dunia di HUSM pada 9.25 pagi selepas lapan hari koma akibat jatuh motosikal ketika mengejar peragut dua beradik yang meragutnya.

Kejadian berlaku pada 6.30 petang, 10 Januari lalu yang mengakibatkan arwah parah di kepala dan patah tangan.

b>Berita berkaitan

Pilu... mangsa ragut pergi jua

Wanita koma angkara peragut adik beradik

Tergamak mereka buat begini

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 January 2018 @ 9:24 PM