Anggota bomba membawa mayat Lukman yang ditemui 4.52 petang hari ini. FOTO NOOR HIDAYAH TANZIZI
Noor Hidayah Tanzizi
am@hmetro.com.my

MAYAT seorang mangsa yang dihanyutkan arus deras ketika mandi di tali air di FELCRA Seberang Perak, Changkat Lada sudah ditemui.

Lokman Abd Samad, 20, ditemui jam 4.52 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR), manakala adiknya masih belum ditemui.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar berkata, operasi SARmembabitkan lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Ipoh, sembilan anggota polis dan pasukan bomba sukarela Seberang Perak seramai tiga anggota.

“œMaklumat awam yang diperoleh mengatakan dua mangsa lemas di tali air berkenaan ketika mandi.

“œBerdasarkan maklumat itu SAR dijalankan dengan pencarian awal dilakukan dipermukaan takubair berkenaan menggunakan bot sekitar kawasan mangsa dipercayai lemas,”€ katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mangsa berusia 20 tahun berjaya ditemui pada 4.52 petang tadi dan operasi pencarian mangsa kedua Mohd Raihan Abd Samad, 6, masih diteruskan.

Berita berkaitan:

Abang, adik terlepas pegangan

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 January 2018 @ 5:38 PM