Omar Osman
am@hmetro.com.my


LELAKI berusia 40-an, yang diburu polis selepas mencabul kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di kawasan 'Fun Fair' di Taman Ria, Sungai Petani, Sabtu lalu sudah ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, suspek ditahan di Sungai Petani 3.10 petang dan akan direman esok bagi membantu siasatan.

Harian Metro hari ini melaporkan polis memburu seorang lelaki selepas dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu selepas video perbuatan tak senonohnya tular di media sosial sejak semalam.

Saifi berkata, susulan video yang tular di media sosial, pihaknya menerima dua laporan polis yang dibuat seorang pegawai polis dan ibu mangsa sendiri.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 January 2018 @ 5:55 PM