Pengarah JPS Perlis (baju putih) diiringi anggota SPRM untuk dihadapkan ke Mahkamah Alor Setar pagi ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman susulan kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan kos hampir RM4 juta. Foto Petah Wazzan
Pengarah JPS Perlis (baju putih) diiringi anggota SPRM untuk dihadapkan ke Mahkamah Alor Setar pagi ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman susulan kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan kos hampir RM4 juta. Foto Petah Wazzan
Muhaamad Hafis Nawawi


TIGA individu termasuk Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perlis direman tujuh hari bermula hari ini kerana dipercayai terbabit dalam rasuah dan salah guna kuasa.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Tertinggi Mahkamah Rendah Alor Setar, Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim yang membenarkan suspek direman bagi membantu siasatan.

Pengarah JPS berusia 60 tahun berpakaian kemeja putih tiba di pekarangan Mahkamah Alor Setar, 9.18 pagi sementara dua pemilik syarikat berusia 39 dan 50 tahun tiba 30 minit kemudian.

Harian Metro semalam melaporkan suspek disyaki menerima wang rasuah sebanyak 10 peratus bagi setiap projek yang dianugerahkan oleh JPS Perlis kepada kontraktor yang dilantik sejak 2014 hingga 2017.

Turut ditahan dalam operasi yang dilancarkan SPRM adalah dua pemilik syarikat masing-masing dipercayai bersubahat dengan pengarah terbabit

Menurut sumber, pasukan penyiasat mendapati pengarah berkenaan juga menggunakan nama sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan untuk melaksanakan projek yang dianugerahkan oleh JPS.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 23 Akta SPRM serta Seksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 January 2018 @ 11:11 AM