Skuad Khas Harian Metro

Pelabuhan Klang: Sindiket penyeludupan termasuk rokok menerusi jalan laut dikesan semakin terdesak apabila sanggup mendaratkan barangan itu di pangkalan haram berhampiran ladang babi di daerah ini bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

Antara lokasi paling popular pendaratan haram ini ialah di kawasan pantai seperti Tanjung Sepat, Banting, Kampung Kundang, Batu Laut, Tanjung Gadang dan Sungai Titip.

Sindiket terbabit dipercayai sengaja memilih kawasan berhampiran ladang babi berkenaan dengan andaian hampir 100 peratus anggota penguat kuasa adalah Islam dan babi adalah dianggap sensitif dalam agama.


ANGGOTA polis mengangkat kotak rokok yang dirampas daripada satu serbuan penyeludupan rokok di Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin PDRM, Pulau Indah. Gambar kecil, LADANG ternakan babi antara lokasi yang sering digunakan sindiket. FOTO Muhammad Sulaiman & Yazit Razali

Namun andaian itu hanya tinggal andaian apabila sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya membongkar kegiatan sindiket terbabit baru-baru ini yang menyimpan ribuan rokok dianggarkan bernilai hampir RM1 juta tidak termasuk cukai yang disembunyikan di sekitar ladang babi di Kampung Kundang, Batu Laut, di sini.

Malah, bagi mengelirukan lagi pihak berkuasa, rokok berjenama John berkenaan diangkut keluar dari ladang berkenaan menggunakan kenderaan pelbagai guna mewah iaitu Toyota Vellfire.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 January 2018 @ 3:22 AM