Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Hujan renyai-renyai tidak menghalang orang ramai membanjiri Planetarium Negara di sini, malam tadi untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh.

Fenomena yang mengambil masa selama lima jam 17 minit bermula 6.51 petang hingga 12.08 tengah malam itu juga dapat disaksikan di seluruh negara dengan fasa gerhana penuh maksimum pada jam 9.29 malam.

Menurut jurucakap Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), gerhana bulan penuh berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada di kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra bumi.


BAYANG sebuah pesawat berlatarbelakangkan supermoon di London, Britain, semalam. FOTO EPA-EFE

Katanya, ketika fenomena itu bulan dengan perlahan bertukar dari warna putih mutiara yang biasa dilihat kepada warna kemerahan dan kemudiannya kembali ke warna aslinya sepanjang tempoh lima jam.

“Warna kemerahan yang akan dapat dilihat ketika fasa penuh gerhana bulan malam ini (semalam) berbeza daripada gerhana bulan penuh yang lain bergantung kepada beberapa faktor termasuk keadaan di atmosfera atas bumi dan kedudukan bulan di sepanjang orbitnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Berita berkaitan

Teruja

Saksikan kekuasaan Allah, malam ini

Sekali dalam 265 tahun [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Februari 2018 @ 6:07 AM