Album menarik dalam format hitam putih buat pasangan suami isteri ini. FOTO IHSAN NIENA BAHARUN
Majlis pernikahan Niena berlangsung di Kubang Kerian pada 1 Februari lalu. FOTO IHSAN NIENA BAHARUN
Sudirman Mohd Tahir


PELAKON Niena Baharun berhajat untuk menunaikan ibadah haji dengan suaminya, Aliff Firdaus Abd Hadi, 32.

Album menarik dalam format hitam putih buat pasangan suami isteri ini. FOTO IHSAN NIENA BAHARUN

Niena atau Amaniena Kamarul Baharun, 25, berkata dia dan suami memasang niat itu selepas mereka sah bergelar suami isteri pada 1 Februari lalu.

"Insya Allah kalau ada rezeki saya dan suami memang nak menunaikan haji tahun ini. Kiranya, ia menggantikan percutian bulan madu.

"Namun, saya tidak mahu terlalu berharap. Apa saya boleh buat adalah berdoa semoga niat baik ini dipermudahkan Allah," katanya kepada Harian Metro.

Berkongsi mengenai majlis perkahwinan yang berlangsung, Niena yang popular menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz memohon maaf kerana tidak meuar-uarkan kepada pihak media dan peminat.

"Alhamdulillah, majlis akad nikah berjalan dengan lancar dengan sekali lafaz. Majlis akad nikah memang dibuat secara sederhana untuk keluarga dan kawan rapat sahaja.

"Saya minta maaf kerana tidak meuar-uarkan majlis ini atas permintaan suami. Insya Allah, majlis di Kuala Lumpur saya akan menjemput semua rakan termasuk pihak media," katanya.

Pada majlis yang diadakan di Masjid Kubang Kerian itu, Niena menerima mas kahwin RM777.00 beserta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki.

Sementara Niena membalas dengan tujuh dulang juga. Wang hantaran pula dirahsiakan.

Berita berkaitan:

Niena sah milik Aliff

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Februari 2018 @ 11:47 AM