X
Erra (kiri) harap pengacaraan dengan Awie (kanan) tiada perbandingan dengan Nabil dan Neelofa. FOTO fail HM
Erra (kiri) harap pengacaraan dengan Awie (kanan) tiada perbandingan dengan Nabil dan Neelofa. FOTO fail HM


BUAT julung kali diva terkenal, Erra Fazira akan bergandingan dengan penyanyi, Datuk Awie selaku pengacara program MeleTOP untuk satu episod yang akan bersiaran esok (Selasa).

Erra berkata, kemunculan mereka berdua sebagai pengacara program terbabit adalah untuk menggantikan tempat Nabil dan Neelofa yang kini sedang bercuti.

"Ini pembabitan pertama kali kami sebagai pengacara. Saya sangat teruja dan gembira untuk bekerjasama dengannya.

"Saya tidak mengambil masa lama untuk menerima lamaran itu kerana bekerja dengan Awie bukan baru. Saya percaya gandingan kami akan memberi pengalaman berbeza selepas sering dipertemukan di layar perak," katanya.

Menurut Erra, dia berharap tiada pihak cuba membandingkan cara pengacaraannya dengan Nabil dan Neelofa.

"Kehadiran saya dan Awie hanya sekadar menggantikan pengacara sedia ada yang bercuti .

"Kalau boleh, saya tidak mahu orang ramai buat keputusan awal membandingkan siapa lebih bagus,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Februari 2018 @ 8:37 PM
Digital NSTP Subscribe