LAPORAN portal berita Harian Metro, sebelum ini.
Mohamed Farid Noh


SELEPAS lima jam bertarung nyawa, suami guru yang kritikal dalam kemalangan di Kilometer 4.5, Jalan Bindu, Batu Pahat, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Mangsa Mohamad Hashim Marhaban, 31, menghembuskan nafas terakhir pada 4.10 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, mengesahkan mangsa meninggal akibat kecederaan parah ketika sedang dirawat di ICU HSNI.

Terdahulu, percutian sempena Tahun Baru Cina bertukar tragedi buat seorang guru apabila dia terbunuh, manakala suami bersama dua anak mereka serta ibunya cedera selepas kereta dinaiki bertembung pacuan empat roda, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira satu kilometer dari kediaman keluarga itu pada 10.30 pagi.

Dalam kejadian itu, mangsa Nur Farhana A Razak, 29, mati di lokasi akibat parah di kepala.

Ibu mangsa, Hazah Abd Kadir, 60, serta dua anak Farhana iaitu Muhammad Hadif Zafri, 3, dan Muhammad Hafiy Iman, 11 bulan, turut cedera tetapi dalam rawatan di HSNI.

Berita berkaitan

'Cikgu Farhana sudah tiada'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Februari 2018 @ 5:25 PM