MAYAT mangsa kedua ditemui tersangkut pada pokok dan usaha mencari masih diteruskan untuk mengesan tiga lagi mangsa. FOTO Mohd Hasni Sidek
MAYAT mangsa kedua ditemui tersangkut pada pokok dan usaha mencari masih diteruskan untuk mengesan tiga lagi mangsa. FOTO Mohd Hasni Sidek
Kalbana Perimbanayagam dan Mohd Hasbi Sidek

MAYAT lelaki kedua mangsa lemas ketika memancing di Sungai Gasi, Sungai Buloh ditemui 2.3 kilometer dari pusat operasi di Kampung Paya Jaras Hulu, 1.26 pagi, hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon Shah Alam, Yusri Basri berkata, mayat ditemui tersangkut pada pokok pada anggaran ketinggian 2 meter dari paras air semasa.

"Mayat lelaki berkenaan berpakaian baju kelabu dan berseluar gelap. Usaha mencari masih diteruskan untuk mengesan tiga lagi mangsa, " katanya ketika ditemui, hari ini.

Dalam kejadian petang tadi, lima individu dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus sungai ketika memancing berhampiran Kem Paya Jaras di Sungai Buloh.

Mayat pertama ditemui 8.40 malam tadi dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh. Identiti mangsa belum dikenal pasti.

Berita berkaitan:

70 anggota cari 4 mangsa

Jumpa 7km dari lokasi hanyut

Terjun sungai, cuba selamatkan isteri

2 wanita antara 5 dikhuatiri lemas

7 pemancing dikhuatiri lemas

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Februari 2018 @ 3:01 AM
Digital NSTP Subscribe