NORA Danish selamat melahirkan bayi lelaki, pagi tadi. FOTO Instagram Nora Danish
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my


Pelakon, Nora Danish baru sahaja selamat melahirkan bayi lelaki tepat 9.05 pagi tadi.

Nora, 35, yang bersalin melalui pembedahan caesarean itu melahirkan bayi seberat 2.98 kilogram di hospital swasta di ibu kota.

Pengurusnya, Sharkawi Salehuddin ketika dihubungi memaklumkan keadaan Nora dan bayinya kini stabil.

“Alhamdulillah, Nora selamat bersalin pagi ini. Dia dan bayinya kini berada dalam keadaan stabil,” katanya kepada Harian Metro.

Ini adalah cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan suami, Nedim Nazri Aziz, 34, yang dikahwini pada 30 Mac 2017.

Selain itu, Nora juga memiliki cahaya mata sulung, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, lapan tahun, hasil perkahwinan pertamanya dengan bekas suami, Rizal Ashram.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Februari 2018 @ 10:29 AM