Paparan fitnah netizen di Instagram. FOTO NSTP
Sudirman Mohd Tahir


PELAKON Amar Baharin menempelak sikap segelintir netizen dan individu yang tidak bertanggungjawab kerana menabur fitnah.

Amar, 33, berkata, dia malas untuk mengulas lanjut perkara yang dibangkitkan netizen membabitkan dirinya dengan pelakon, Izreen Azminda serta anak mereka.

“Saya tidak mahu komen panjang. Apa saya boleh katakan, layan anak dan isteri lebih baik daripada layan komen netizen. Get a life!” kata Amar.

Amar berkahwin dengan pelakon, Amyra Rosli pada 11 November 2016 dan dikurniakan anak lelaki, Aqeef Anaqi pada 15 Oktober 2017.

Terdahulu, Izreen berang apabila terdapat individu tidak bertanggungjawab yang memfitnah anaknya dan anak Amar.

Dalam kenyataan, Izreen kesal apabila terdapat manusia yang bersikap busuk hati dan suka bergelumang dosa iaitu memfitnah.

Menurut Izreen, anaknya Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun adalah hasil perkahwinan pertama dengan juru kamera iaitu Muhammad Riza pada 2012 dan tiada kaitan untuk dia melakukan perbuatan sumbang dengan Amar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Februari 2018 @ 6:07 PM