Jamal bersama isteri Zai Izatti. FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
Ramlah Zainal


“DIA anugerah terindah dari Tuhan pada usia saya 59 tahun. Saya juga akan menjaganya sebaik mungkin,” kata Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah.

Menurut Jamal, dia percaya sudah sampai masanya memperkenalkan isterinya Zai Izzati Khiruddin, 24, kepada pihak media dan peminat selepas 11 bulan berkahwin.

“Buat apa nak sorok kerana kami sudah sah bernikah dan isteri saya juga sering menemani ke mana-mana majlis sekarang.

“Pada masa sama, isteri juga baru menyesuaikan diri dalam rumah tangga kerana perbezaan usia kami 35 tahun,” katanya.

Jamal berkata ketika ditemui pada majlis Luncheon With The Stars di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, petang tadi.

Jamal berkata, dia dan Zai Izzati yang berasal dari Kulim, Kedah, berkenalan selama dua bulan sebelum mengambil keputusan berkahwin.

“Kami diperkenalkan oleh keluarga dan tidak kenal pun sebelum ini.

“Anak saya, Osama juga okay dengan Zai Izzati,” katanya.

Jamal bernikah dengan Zai Izzati pada 1 April 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Mac 2018 @ 5:57 PM