Suraya Roslan


Gerik: Buka kaunter di hutan. Itu inisiatif luar biasa diambil Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) demi melunaskan tanggungjawab sebagai agensi rujukan utama rekod penduduk negara ini.

Menyelusuri sungai, meredah hutan dan kesukaran berkomunikasi antara cabaran perlu dilalui mereka bagi memastikan rakyat Malaysia mempunyai dokumen pengenalan diri dan tidak terkecuali masyarakat Orang Asli.


KUMPULAN JPN tiba di Kampung Sungai Kejar Tasik Banding.

Malah, mereka berisiko diserang gajah dan harimau serta binatang buas lain, namun mengetepikan ketakutan demi melunaskan tanggungjawab.

Hasilnya, dianggarkan hampir 70 peratus Orang Asli di negara ini mempunyai dokumen pengenalan diri termasuk sijil kelahiran berikutan JPN menyediakan pejabat bergerak bagi mencari dan menyelongkar penduduk yang masih tiada identiti.

Ketua Pengarah JPN Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Orang Asli dilaksanakan setiap tahun dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia terutama Orang Asli.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Mac 2018 @ 8:11 AM
ZULAZLAN (kiri) memerhatikan anggotanya mengambil wajah untuk kad pengenalan.