Ahmad Rabiul Zulkifli
cnews@nstp.com.my


Kuala Terengganu: “Terharu apabila melihat gelagat seekor haiwan yang bersungguh-sungguh mempertahankan saya jika diganggu,” kata Ira Fatiran Jusoh, 40, pemilik seekor kera ketika ditemui Harian Metro di rumahnya, semalam.

Kera jantan berusia empat tahun dan dibela sejak 2015 itu dipanggil Mickey dan pernah dilayan seperti bayi termasuk memakai lampin pakai buang serta minum susu formula.


IRA Fatiran bersama kera jantan yang dibelanya.

Uniknya Mickey berbanding haiwan peliharaan lain kerana sikapnya yang mempertahankan tuannya setiap kali tuannya cuba disakiti individu lain sehingga menarik perhatian orang sekeliling.

Ira berkata, dia membela Mickey sejak haiwan itu berusia dua bulan dan melayan kera jantan itu seperti anak sendiri.

“Saya tidak kisah dengan anggapan orang sekeliling terhadap minat saya membela kera itu.

Dapatkan berita penuh di akhbar Harian Metro hari ini

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Mac 2018 @ 7:34 AM