Mahaizura Abd Malik
news@nstp.com.my


Ampang: Pada mulanya dia sekadar memasak untuk diri sendiri dan rakan sepejabat namun siapa sangka Shahida Yaacob, 32, kini mampu tersenyum puas selepas percubaannya menceburi tempahan membuat tauhu bergedil kini menjadi sumber mata pencarian utamanya.

Menurutnya, dia sanggup melepaskan kerjaya sebagai penganalisis sistem sebuah syarikat swasta demi berkecimpung serius dalam bidang berkenaan sejak September lalu.

“Saya memang suka makan dan memasak, malah ketika masih bekerja dulu pun selalu bawa makanan sendiri ke pejabat.


SHAHIDA bersama tauhu bergedil ciptaannya yang kini menjadi viral.

“Suatu hari, saya membeli tauhu bergedil dan mencubanya. Ketika itulah muncul idea untuk mengolah resipi mengikut citarasa sendiri menggunakan tauhu bersaiz mini,” katanya.

Menurutnya, dia mula membuka tempahan selepas percubaan pertama menjadi apabila ramai orang sekeliling termasuk rakan dan keluarga memberikan komen positif dan memberikan idea supaya ia dikormersialkan.

Dapatkan berita penuh di akhbar Harian Metro hari ini

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Mac 2018 @ 8:07 AM