YUNA. FOTO Instagram Yuna
Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my


“SAYA tidak mahu komen apa-apa buat masa ini untuk tujuan keselamatan,” demikian komen Yuna menerusi pengurusnya, Nor Zaina Wardah atau Wawa berhubung kes gangguan seksual terhadapnya.

Yuna atau Yunalis Zarai, 32, menyuarakan kebimbangannya di Twitter hari ini bahawa dia menjadi mangsa komen berunsur seksual di Instagram oleh individu tidak dikenali hampir setengah tahun.

“Tolong @Instagram bantu saya tamatkan serangan seksual dalam talian! Ada emel tertentu saya boleh hantar gambar atau tangkap skrin mengenai serangan itu?


PAPARAN luahan Yuna mengenai serangan seksual dialaminya. FOTO Twitter Yuna

“Saya sudah mengikut segala langkah yang disuruh pusat bantuan kamu, namun pemangsa ini terus kembali. Meskipun saya sudah sekat dia lebih 10 kali, dia kembali dengan akaun baru.

“Individu itu sudah mengganggu saya dengan pelbagai komen berunsur seksual selama setengah tahun sekarang,” katanya di Twitter.

Yuna bagaimanapun tidak mahu memberikan komen lanjut berhubung perkara itu buat masa sekarang.

Penyanyi berkenaan baru melangsungkan perkahwinan dengan Adam Sinclair pada 26 Januari lalu di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Yuna yang berpangkalan di Los Angeles, California, Amerika Syarikat kembali bekerja awal bulan ini selepas selesai dengan beberapa resepsi perkahwinannya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Mac 2018 @ 12:37 PM