KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menduduki tangga ke-14 pada penampilan sulung MotoGP musim ini dalam saingan Grand Prix (GP) Qatar di Litar Antarabangsa Lorail Doha, yang berakhir sebentar tadi.

Kedudukan itu membolehkan dia meraih dua mata.

Perlumbaan berkenaan dimenangi oleh pelumba Itali, Andrea Dovizioso manakala juara bertahan, Marc Marquez di tangga kedua dan legenda Itali, Valentino Rossi, ketiga.

Terdahulu, pada perlumbaan itu Hafizh berjaya menempatkan dirinya di grid ke-15 untuk perlumbaan pertamanya dalam kelas perdana GP Qatar.


HAFIZH SYAHRIN ABDULLAH

Hafizh mencatat 1 minit 55.258 saat pada sesi kelayakan untuk memulakan perlumbaan dari barisan kelima bersama Aleix Espargaro (ke-13) dan seorang lagi muka baharu dalam kelas MotoGP, Franco Morbidelli (ke-14).

Catatan pelumba Monster Yamaha Tech3 itu juga meletakkan dirinya selaku muka baharu kedua terpantas dalam sesi berkenaan selepas Morbidelli dari pasukan EG 0,0 Marc VDS.

Keputusan MotoGP

1.Andrea Dovizioso (Ducati) 42:34.654s

2. Marc Marquez (Repsol Honda) +0.027s

3.Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) +0.797s

4.Cal Cruthlow (LCR Honda CASTROL) +2.881s

5.Danilo Petrucci (Alma Pramac Racing) +3.821s

... 14. Hafizh Syahrin Abdullah (Monster Yamaha Tech3) +20.299s

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Mac 2018 @ 1:25 AM